Tuesday, May 26, 2009

~~syurga C.!.n.t.A~~

~~JODOH~~
kategori pertama :
jodoh syaitan.
iaitu jodoh yg dimana kite mula berkenalan sesama kita..antara laki2 dan perempuan, pastu jumpe, pegang2 tgn, pastu ringan2..mule peluk3 tnpa segan silu depan khalayak ramai..
pastu gitu2..smpi la si perempuan hamil..dan melahirkan ank luar nikah..
time tu..sesal tiade maknenye..nasi da jadik bubur.. tu la cinta syaitan...
kategori kedua :
jodoh jin.
iaitu dimana hnya sebelah pihak je menyukai.. contohnye.. ali ske tipah..tp tipah tak ske ali..
so..ali gune bomoh ntok dapatkan tipah...iaitu menggunakan ilmu hitam..atau guna2..atau perantaraan jin.. dan begitu juga sebaliknya... itulah cinta jin...
kategori ketiga :
jodoh Allah.
inilah jodoh yang kita cari2. yang kita inginkan.. dimana si laki dan si perempuan jatuh cinta sejak kali pertama bertentangan mata..dan terus turun ke hati masing2.. dan si lelaki terus melamar so wanita. dgn ikatan yg sah...mereka dihalalkan antara keduanya.. dan bahagia sehingga akhir hayat... itulah yg dikatakan jodoh Allah..
p/s : mudah2han kita dipertemukan jodoh dr kategori yg ketiga..amin..
dan apabila kita berada bertemu dalam jodoh ke 3
tu la yg dikatakan....
~SYURGA CINTA~

Monday, May 25, 2009

>>>Air mata di malam pertama<<< Ep 9 :::!! (last)

AIR MATA DI MALAM PERTAMA - Ep 9 (LAST EP.)

“ Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!”

“ Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.

“ Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.

Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.


Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

“ Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin…..

---TAMAT---

Sunday, May 24, 2009

Friday, May 22, 2009

:: ePPy bEsdaY to You!! ::

MySpaceMySpaceMySpaceMySpace


Eppy besday to you...

eppy besday to you...

eppy besday to ana..

eppy besday to you...


oyeh3...

arini besday ana...

lalala~~ my lovely frens...

na..camat ari raye..MySpace

opsss...silap..

camat ari jadi...

moge dipanjangkan umur and

dimurahkan rezeki..

sentiasa sihat and

sentiasa dalam lindungan Allah..

na suda tua...

kekekeh... ^___^

MySpace


na..sowie tak pat online smlm..

pastu tak pat send graphic2 besday yg cantek2 kat na...

tp tapew...

atie org fist wish kt na an??

sgt la bangge..MySpacewakakaka..

wlpn mukan org first wish kat tagged..

amboi2...

da la comet org first wish kat tagged..

pastu siap bagik kek besday lg..

wawawa....

sunggoh eppy ye..

jeles....??

lalalalalalalala~~no komen..

wink2...

pape pon..

skli ag..

nk wish..to my beloved fren...na..

"camat Ari Tua"

lalalalalalaa~~MySpace




21/5/2009
besday gurl,
--ROZIANA--

Thursday, May 21, 2009

>>>Air mata di malam pertama<<< Ep 8 :::!!

AIR MATA DI MALAM PERTAMA - Ep 8

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

“ Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

“ Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

“ Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

“ Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

“ Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

“ Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.”

“ Zul sakit ke?” Tanya ayah.

“ Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.” Jawabnya.

“ Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.

“ Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.


“ Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.

“ Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“ Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

“ Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”

“ Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

“ Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.” Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

“ Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

---bersambung---

Wednesday, May 20, 2009

>>>Air mata di malam pertama<<< Ep 7 :::!!

AIR MATA DI MALAM PERTAMA - Ep 7

“ Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

“Malam ni abang nak…….nak…..” Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.

Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

“ Ah….abang ni.” Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“ Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.

“ Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”


Rasulullah bersabda:
“ Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”


Rasulullah bersabda:
“ Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”


Rasulullah bersabda:
“ Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong –menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.


Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

---bersambung---

Tuesday, May 19, 2009

mlm yg pelik

lalalalala~~

huhuhu..letih sunggoh ari ni..
siang?? pe keje aku??
arghhhhhhhhhh..aye tade...
pe lg..men tejar2 arr nk tadah aye..
benci tol..
melembabkan keje aku jek...
huuu...
mosan.....
seb bek pat keje mama kasik..
kne isi borg la.. tulis name murid la...
argh...da lame tak pgg pen..
ase parkinson lak tgn aku nih..
waakakaka...
parkinson??tgn??
hahaha..tah pape jek..
alalala~~
baju mama tak iron ag...
mate da nantox...
nantox???
peliknyerrrr...sounds weird..
wakakaka..
mane tak nyer...
aku ni mukan jenis tdo awl...
wakakaka~~
ops...
meraputeh da bunyik..
hu..jap...sape ek..
k la...
nnty lau ajin aku in la alik..
takpon..pas iron..
aku nk tdo..
pe kne ngene ngan mlm yg pelik lak??
wakakaka~~ tade kaitan same skali..
ahahaha~~
wakakaka~~
nite sume...
sweet dreams.....
(-_~)zzzZZZzzzZZZ...